Sabtu, 23 Februari 2019

MAKRIFAT KACA

MAKRIFAT KACA




Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Tulisan ini saya kopikan dari grup tetangga, semoga bermanfaat.

MAKRIFAT KACA
Kesimpulannya jika siapa yang baca dan faham ttg kaca ini ..barulah dia boleh kenal allah tanapa dalil…Sebabnya mereka memandang kepada dua..HAKIKATNYA SATU!!!!!! kerana mereka tertipu dengan nama, sifat,perbuatan dan zat!!!!!!

Saya selalu nampak gelas dan kdg kdg je nampak kaca…..macamana nak nmpk kaca selalu.”

Kaca dan Gelas adalah DUA hal yang kelihatan di dalam kenyataan yang SATU. Gelas menyatakan hal dirinya di dalam kaca dan kaca menyatakan perihal dirinya di dalam gelas. Namun, gelas bukan kaca dan kaca bukan gelas. Kaca tetap pada diri kacanya dan gelas tetap pada diri gelasnya. Bersatu tidak bercerai tiada. Namun kedua-duanya saling nyata menyatakan di antara satu dengan yang lain di dalam kewujudan yang satu.

Nak nampak kaca selalu?

Jawapan :

Lihat saja pada gelas, kerana pada gelas itulah kaca sentisa menzahirkan dirinya.

Nak sentiasa lihat kaca, perlu latih 5 deria PENGAMATAN, 5 organ TINDAKAN dan 2 Pancaindera Batin fokus kepada perkara-perkara berikut :

( Deria PENGAMATAN : Dengar (Telinga), Lihat (Mata), Bau (Hidung), Rasa (Lidah) Sentuh (Kulit). ALAT TINDAKAN : Alat Tangan, Alat Kaki, Alat Mulut, Alat Kelamin, Alat Kumuh . Pancaindera BATIN : Akal (Otak), Roh (Hati).

1. NAMA :

Sentiasa tanamkan di minda bahawa meskipun apa saja Nama yang diberikan kepada gelas itu, samada namanya Gelas, Cangkir, Cawan, Kinnam, Kapa, Kappu, Kup, Chashka atau apa saja namanya, ia masih tetap bersumberkan Kaca, cuma nama kaca itu bertukar mengikut bahasa, tempat, bangsa, kebudayaan dan kaedah penggunaannya sahaja. Hakikatnya, ia masih Kaca yang sama.

Tip : Jangan tertipu pada NAMA ! Kaca wujud di sebalik pelbagai NAMA.

2. SIFAT :

Sentiasa melihat SIFAT yang dizahirkan oleh gelas itu, semuanya memakai dan menunjukkan sifat kaca. Gelas adalah nama yang mengikut BENTUK Kaca. Jika Kaca itu berbentuk tingkap, maka Nama gelas tidak akan terpakai. Gelas akan bertukar nama menjadi tingkap! Jika Kaca berbentuk mentol, maka nama gelas juga tidak terpakai. Gelas itu bernama gelas kerana ia mengikut bentuk kaca yang berbentuk gelas!!
Walau apapun SIFATnya, bentuk, saiz, warna, kasar atau lembut. Kaca tetap wujud di sebalik sifat-sifat itu.

Tip : Jangan terpedaya kepada SIFAT. Kaca wujud dalam berbagai sifat yang disifatkan ke atasnya.

3. PERBUATAN

Sentisa melihat PERBUATAN atau KELAKUAN yang dibuat atau dikenakan ke atas subjek itu. Gelas digunakan untuk minum. Jika gelas itu digunakan untuk disangkut di mata, ia tidak dinamakan gelas, ia mungkin dinamakan ‘cermin mata’. Jika ia digunakan untuk melihat wajah, maka tu bukan gelas, itu mungkin cermin muka. Namun hakikatnya, Kaca masih wujud di dalam cermin mata dan cermin muka itu. Nama sahaja yang bertukar.

Tip : Jangan dikelirukan oleh tindakan dan perbuatan. Meskipun Perbuatan itu menukarkan Nama dan Sifat ‘gelas’ kepada sesuatu objek yang lain, namun hakikatnya, diri kaca masih nyata pada objek yang baru itu.

4. ZAT (ASAL/BAHAN MENTAH)

Sentiasa belajar merenung dan melihat dari mana asal kejadiannya sesuatu itu. Asal gelas dari Kaca. Asal kaca dari pasir, asal pasir dari sillica, asal sillica dari magma, asal magma dari batu, asal batu dari gunung, asal gunung dari bumi, asal bumi dari gas, asal gas dari cahaya asal cahaya dari DIRI CAHAYA itu sendiri (Tuhan Cahaya Langit dan Bumi).

Bila perkara bahan mentah atau asal-usul ini direnung, nantinya kita akan mengerti bahawa Mula penciptaan sesuatu itu adalah dari sumber CAHAYA (Nur) dan akhirnya juga kembali kepada CAHAYA yang sama juga.

Bila sudah mengenal CAHAYA, pandang semula kepada KACA, tidakkah pada Kaca itu ada cahya? Cahaya itu menzahirkan dirinya di kaca.
Atau jika kaca dipandang dari dalam bilik gelap yang tidak ada cahaya, masihkah kita nampak KACA itu?
1. Kaca itu tidak nampak pada penglihatan mata, tapi pada pancaindera Batin, imej kaca itu masih nampak di minda. Jika masih nampak, itu tandanya ada cahaya ! Cahaya itulah hakikatnya kaca.
2. Kaca tidak nampak di dalam bilik yang gelap. Tapi kita masih boleh melihat ‘GELAP’. Jika masih boleh melihat “gelap” itu tanda ada CAHAYA. Cahaya itulah hakikat atau asalnya KACA !

Maka apakah susah untuk melihat KACA ?

Praktis selalu ! Sentiasa merenung dan bertanya di dalam diri. Jadikan alam diri kita dan alam semesta ini sebagai “universiti” yang paling berprestij untuk mengajar kita dan untuk kita belajar dariNya.

Maka yang mana GELAS ?

Gelas Tiada !

Yang ada hanyalah Nama : G E L A S

Wujud Gelas itu hanya pada NAMA (Asma’) sahaja.

Realitinya, Gelas itu Tiada !

Gelas itu hanya wujud pada NAMA sahaja. Nama yang disebut “Gelas”. Nama gelas itu pula diberi sekadar untuk menunjukkan perihal objek yang hendak diperkatakan. Jika tiada bernama, maka bagaimana hendak merujuk kepada objek yang hendak diperkatakan itu? Bagaimana boleh mengenal tanpa Nama?

Umpama Wira Satria tanpa Namanya. Jika tanpa nama, bagaimana hendak bercerita perihal diri hamba? Bagaimana boleh mengenal hamba tanpa nama? Setidak-tidaknya, jika dipanggil “Hoi”, itu juga Nama. Dipanggil ‘manusia’, dipanggil ‘penulis’ itu juga Nama. Setidak-tidaknya, panggilan “Hoi” itu boleh digunakan untuk merujuk atau mengenal kepada tuan punya diri.

Justeru itu, bagi memudahkan objek itu dirujuk, maka objek itu pun dinamakan ‘GELAS’ oleh orang yang menamakanya mengikut kegunaan dan sifat objek itu. Objek itu tidak akan dinamkan gelas jika ia bukan berbentuk gelas. Jika objek itu berbentuk empat segi dan leper, ia mungkin dinamakan ‘CERMIN’. Jika ia berbentuk bunga, ia mungkin dinamakan ‘BUNGA KRISTAL’. Jika digunakan untuk mengisi sos, mungkin namanya ‘BOTOL’.

Makanya, hakikat diri GELAS itu tiada !

Gelas hanya menzahirkan diri Kaca pada penggunaan NAMA Gelas !

Jika ditunjuk pada gelas, yang tertunjuk itu bukan gelas, tapi yang tertunjuk adalah Kaca. Kaca adalah HAKIKAT (kenyataan/asal/raw material) kepada gelas, tanpa kaca, gelas tidak wujud.

Namun, perkataan ‘Kaca’ itu juga adalah satu NAMA. Nama yang dinamakan untuk merujuk kepada objek (kaca) itu bagi memudahkan kenal. Tanpa Nama, kaca tidak dapat dikenal oleh orang yang ingin mengenalnya. Tanpa Nama, segala sesuatu itu ‘kosong’ sunyi terasing di dunianya sendiri. Tiada sesiapa dapat mengenalinya (melainkan dirinya sendiri) walaupun ia nyata wujud di depan mata.

Justeru itu, kaca ‘perlu’ kepada NAMA (Asma’), untuk menzahirkan dirinya bagi membolehkan dirinya dikenali. Tanpa NAMA, kaca tidak dapat menunjukkan dirinya. Tidak dapat menunjukkan diri bukan bermaksud kaca itu tidak wujud atau tidak ada atau tidak dapat dilihat. Tidak ada kerana, tidak dapat dikenal. Tidak dapat dikenal kerana tidak ada NAMA. Justeru itu, NAMA diperlukan untuk Mengenal. Dengan adanya NAMA, barulah sesuatu itu dapat menzahirkan dirinya untuk dikenal. Bila dikenali, baru sesuatu itu dapat ‘dizahirkan’ akan kenyataannya. Barulah boleh dirujuk, barulah boleh dimaksudkan kepadanya, barulah boleh diperkatakan tentangnya.

Nama pula diberi mengikut kesesuaian SIFAT dan PERLAKUAN objek itu. Contohnya, jika sifat objek itu berbentuk silinder dan ada ruang menakung air ditengahnya, ia mungkin dinamakan ‘GELAS’. Jika objek itu digunakan sebagai tempat menghias bunga, ia mungkin dinamakan ‘PASU’.

Nama itu pula bergantung kepada keadaan tempat, bahasa, budaya , masa, ilmu dan orang yang menamakannya.
“Kaca” itu mungkin dinamakan “Cangkir” jika yang menamakannya itu orang Indonesia yang tinggal di Jakarta. Kaca itu mungkin juga bernama “Coca Cola Mug” jika ianya dibuat oleh syarikat, untuk tujuan perniagaan dan publisiti. Ia boleh saja dipanggil ‘barang’ atau ‘benda’ atau ‘gift’ atau ‘objek’ atau ‘cup’ atau apa saja NAMA. Namun, walau apa pun nama yang dinamakan kepada objek itu, ia tetap menunjukkan hal ‘Kaca’ yang sama.

Jika Gelas TIADA (cuma ada pada Nama) maka mana KACA? Bukankah Kaca itu juga WUJUD hanya pada Nama?

BUKAN !

Kaca bukan Wujud hanya pada NAMA, tetapi pada setiap NAMA itulah, hanya Kaca yang Wujud.

Yang wujud hanya pada Nama itu adalah Gelas BUKAN Kaca !

Cuba lihat pada ‘Nama’ Gelas. Bila gelas dipanggil Cangkir, nama Gelas itu hilang bertukar kepada Cangkir, namun Kaca tetap WUJUD pada Cangkir itu. Jika nama Kaca dibilang Botol, maka nama Kaca lenyap diganti dengan nama Botol. Nama bertukar, namun Kaca tetap WUJUD pada Botol itu. Tukarlah apa saja nama, panggillah apa nama sekalipun, gelas, cawan, tingkap, mentol, cermin, pasu atau apa saja, Kaca tetap WUJUD pada setiap nama-nama itu.

Ternyata, Kaca tidak pernah meninggalkan Gelas!

Meskipun gelas pecah, pecahnya masih menampakkan serpihan. Serpihan itu dinamakanserpihan kaca. Jika kaca yang pecah itu dihancurkan, ia cuma berubah bentuk menjadi serbuk, namun serbuk itu masih diri kaca yang sama, bertukar nama dipanggil serbuk kaca. Jika serbuk kaca itu dibuang ke tanah, kembali ia menjadi silica. Hujan, panas dan angin kemudiannya membentuk silika yang di tanah itu menjadi pasir. Pasir tu diambil lalu dibentuk kembali menjadi kaca. Kaca kembali menjadi gelas. Gelas yang ber-NAMA baru, gelas yang ber-SIFAT baru, gelas yang ber-PERLAKUAN baru, namun masih bersumber dan berasal dari ZAT/BAHAN MENTAH yang sama.

Maka apakah kaca pernah meninggalkan gelas?

Justeru itu, Mana Kaca ?

Umpama menunjuk Kaca pada Bunga Kristal. Jika ditunjuk pada bunga, itu bukan kaca, itu bunga yang ada pada kacanya. Ditunjuk pada tangkai, itu juga bukan kaca, itu tangkai bunga kristal. Ditunjuk pada badannya, tertunjuk warna, ternampak bentuk. Bila dipegang, terasa licin, terasa kerasnya. Bila diketuk, terdengar bunyi dentingannya. Jika dihempas, ia pecah. Namun, hakikat diri kaca yang sebenarnya, masih tidak juga nampak !

Umpama kita menunjuk kepada baju. Yang ditunjuk itu baju, namun yang tertunjuk itu juga namanya kain, ditunjuk kain, yang tertunjuk itu juga namanya benang, ditunjuk benang yang tertunjuk itu juga namanya kapas, maka mana bajunya?

Kelihatannya baju itu nyata wujudnya, tapi bila ditunjuk atau bila dicari, tidak pula nampak ! Kalau tak nampak, macamana pula kita tahu baju itu ada ?

Begitulah umpamanya kaca. Bila ditunjuk ia tiada. Bila dicari, ia tidak ketemu. Namun, kalau tiada, kenapa ia kelihatan di mata? Jika tiada kenapa sifat-sifatnya dapat dirasa? Sifatnya yang dapat dialami, kerasnya yang boleh dipecahkan, tajamnya yang boleh melukakan, jernihnya yang boleh membiaskan. Jika kaca tiada, bagaimana gelas boleh ada? Apa pula asal atau bahan mentahnya gelas?

Tunjukkan mana Kaca?

Ternyata Kaca itu ADA, Kaca itu NYATA dan Kaca itu WUJUD!
Namun adanya, nyatanya dan wujudnya Kaca itu tidak dapat dicari ! Tidak dapat ditunjuk. Makin dicari makin hilang. Hilang bukan tiada, hilangnya kerana terlalu nyata !

Nyatanya kaca pada mana?

Nyatanya Kaca itu pada NAMA-Nya

Nyatanya Kaca itu pada SIFAT-Nya

Nyatanya Kaca itu pada PERLAKUAN-Nya yang dinampakkan di atas SIFAT dan Nama

Nyatanya Kaca itu pada HAKIKAT kewujudan segala Nama, pada HAKIKAT kewujudan segala Sifat, pada Hakikat kewujudan segala Perlakuan dan pada Hakikat kewujudan segala Hakikat (Zat/Bahan Mentah).

Namun NYATA NYA tidak dapat ditunjuk. Tidak dapat dicari. Tidak dapat digambarkan. Tidak dapat diumpamakan.

Namun, bila faham dan bila KENAL hakikat diri Kaca itu, segalanya :

K E L U !!

Kenal itu ertinya Makrifat !

Makrifat Kaca !

Tidak ada komentar:

Posting Komentar